

-  Selain secara umumnya tertakluk kepada undang-undang persekutuan [undang-undang negara] dalam menjalankan perkhidmatannya sebagai Arkitek Profesional, perkhidmatan dan tata laku seseorang Arkitek Profesional adalah dikawal oleh Akta Arkitek 1967 untuk memastikan Arkitek Profesional boleh dipertanggungjawabkan.
 - Arkitek Profesional tidak boleh mengamalkan tata kelakuan berurusan secara melulu atau secara ’hentam keromo’ tanpa berpegang kepada kehendak-kehendak perundangan dan etika praktis yang telah ditetapkan.
 - Arkitek Profesional tidak memperagakan hasil kerjanya dengan nilai kewangan tetapi kualiti kerja dan perkhidmatan yang berwibawa serta cemerlang.
 - Arkitek Profesional dilarang dari memancing kerja atau memancing komisyen [soliciting] dengan cara yang bertentangan dengan garispanduan yang telah ditetapkan oleh Akta Arkitek 1967 atau mengambil alih [supplant] kerja Arkitek Profesional lain yang telah dilantik oleh mana-mana Kliennya.
 - Pendekatan Arkitek Profesional adalah adil dan saksama tanpa ’pilih kasih’ dalam setiap urusan menyediakan perkhidmatannya dan tidak berpihak kepada mana-mana pihak.
 - Perkhidmatan Arkitek Profesional mengutamakan kepentingan awam bukan kepentingan individu.
 - Arkitek Profesional adalah terlatih secara khusus dan seorang yang pakar dan berwibawa untuk memberikan perkhidmatan profesionalnya kepada masyarakat.
 - Arkitek Profesional mesti lulus peperiksaan profesional yang dikelola oleh badan pengawal khas profesion Arkitek di Malaysia [Lembaga Arkitek Malaysia - LAM] sebelum diikhtiraf layak memberikan perkhidmatan profesionalnya.
 - Komitment Arkitek Profesional kepada keutuhan profesion arkitek adalah dengan menyediakan khidmat profesional yang jujur dan efisyen.
 - Lembaga Arkitek Malaysia [LAM] dan Persatuan Arkitek Malaysia [PAM] adalah badan-badan yang memainkan peranan penting memastikan kedaulatan mutu profesion Arkitek di Malaysia terpelihara secara khususnya dan penganjuran pelbagai aktiviti Pembangunan Profesional Berterusan [Continuing Professional Development - CPD] dan penglibatan mandatori Arkitek Profesional yang disyaratkan oleh LAM adalah satu langkah memastikan semua Arkitek sentiasa mengemaskini tingkat ilmu pengetahuan mereka berkaitan perkembangan semasa dan terkini profesion.
 
No comments:
Post a Comment