12.24.2011

TEMPAT YANG PALING TERAMAT 'MENYERAMKAN'


Salam, dah setahun lebih aku tak update blog aku.... sibuk ngan keje, last semester, bla..bla.blaa.... Tapi ade satu bende nak cite....aku nak cite pasal 'tempat yang paling menyeramkan'....orang selalu cite kalau melibatkan tempat seram, mesti ade hantu....ade jembalang, hantu raya, pocong, langsuir, bajang dan banyak lagi..kalo nak cakap tempat hantu kat malaysia, cam Karak,rumah section 2 dan banyak lagi...but, semua tu belum cukup seram bagi aku....untuk pengetahuan umum, ade satu tempat yang paling teramat seram yang cukup buat kita menggeletar, kejang, pengsan mulut berbuih-buih, kencing 10 kali, yang mungkin buat kita tak terungkap dek kata keseramannya.. tempat itu ialah NERAKA...Dan tidak ada tempat lain yang lebih menakutkan daripadanya. Jika hendak dibandingkan kematian, azab semasa sakaratul maut, siksa kubur, bencana kiamat, hisab di padang mahsyar, meniti titian siratul mustaqim dan lain-lain, itupun sudah dikira amat dahsyat dan tidak akan terbayang oleh akal manusia. Maka lebih dahsyat lagi Neraka dan siksaan-siksaan yang bakal dihadapi di sana.

Antara sifat-sifat Neraka yang maha dahsyat ini adalah :


1. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah. Kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih. Kemudian seribu tahun lagi sehingga hitam, maka warnanya hitam gelap.

2. Tidak pernah padam nyala dan baranya.

3.
Andai terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar seluruh penduduk dunia kerana panasnya.

4.
Andai sehelai baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

5.
Andai satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ke tujuh.

6. Andai seorang di hujung barat disiksa, nescaya akan terbakar juga orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya.

7. Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Nabi SAW pun jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala Nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali. Neraka yang sebenar adalah jauh lebih menyeramkan daripada yang dibayangkan oleh manusia. Sedangkan panas matahari pun kita tidak mampu tahan. Apatah lagi panas neraka yang maha dahsyat tu?

"Ya Allah.. Kami tidak layak ke syurga-Mu. Namun kami tidak pula sanggup ke neraka-Mu. Ampunkan dosa kami. Terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar. Dosa-dosa kami bagaikan pepasir di pantai. Dengan rahmat-Mu, ampunkan kami Ya Allah. Selamatkan kami ini dari segala kejahatan dan kecelakaan. Kami takut dan kami harap kepada Mu, suburkanlah cinta kami kepada Mu Ya Allah... Kamilah hamba yang mengharap belas dari Mu.. Aminn "...