'Ros Itu Merah,
Seri Pagi itu biru,
Maaf Hari Valentine Itu
Bukanlah Untuk Mu.'
Seri Pagi itu biru,
Maaf Hari Valentine Itu
Bukanlah Untuk Mu.'
Boleh dikatakan dikebanyakan tempat, kalaupun tidak
seantero dunia, slogan Valentine Day mula berkumandang. Ia adalah musim dimana jambangan ros dan kad ucapan bertukar tangan, dan ucapan cinta dan janji-setia
(walaupun selalunya dimungkiri) dilafaskan. 14 Febuari juga dikenali sebagai Hari Valentine Day.
Jadi apa yang salahnya? Kemungkinan orang akan bertanya.
Bukankah ia adalah hari untuk kita mengingati pasangan kita dan
meluahkan perasaan cinta yang membara kepada pasangan kita, atau memberi
sedikit kebebasan kepada para remaja untuk memadu cinta dan asmara ? Sedarlah bahawa Hari Valentine bukan
hanya untuk mencurahkan perasaan cinta kepada pasangan seseorang sahaja, tetapi
lebih jauh dari itu, adalah untuk menghapuskan halangan yang menghalang
pernyataan perasaan cinta kepada orang-orang yang pada hari-hari biasa sukar
untuk didekati.
Kisah St. Valentine.
Di kurun yang ke 5 masihi, pihak gereja katholik
berhasrat untuk menghapuskan perayaan kesuburan musyrik yang diraikan oleh
orang-orang Rom sejak dari kurun ke 4 sebelum masihi. Pada bulan Febuari setiap
tahun akan diadakan cabutan bertuah untuk meraikan para remaja lelaki yang
memasuki peringkat akil baligh dihadapan tuhan Lupericus. Bagi
para remaja perempuan mereka juga akan mengambil bahagian didalam cabutan
bertuah ini, dengan meletakkan nama mereka di dalam sebuah kotak dan nama-nama
tersebut akan dicabut secara rambang oleh para remaja lelaki tadi.
Remaja perempuan yang dicabut namanya oleh remaja lelaki tadi akan dihadiahkan
kepadanya. Pasangan sejoli tadi akan keluar dari tempat penyembahan tersebut
sebagai sepasang suami-isteri, yang akan menikmati keseronokan dari hubungan tersebut selama setahun sehingga tiba masa untuk cabutan bertuah pada
tahun yang berikutnya.
Pihak gereja tidak meredhai ciri pergaulan bebas yang
ada pada penyembahan tersebut dan berusaha untuk mengakhirinya dengan melantik wali (saint) cinta, yang akan dianugerahkan
kemuliaan bagi menggantikan ritual kepada Lupericus. Mereka memilih seorang
bishop yang bernama Valentine yang telah dihukum bunuh pada kurun ke 3 masihi.
Hukuman yang terimanya kerana beliau menyangah Emperor Claudius yang
mengharamkan perkahwinan kerana menganggap perkahwinan menyebabkan orang lelaki
menjadi askar yang tidak berkualiti, kerana mereka enggan untuk meninggalkan
keluarga mereka untuk ke medan
perang. Valentine telah menerima mereka untuk dikahwinkan secara rahsia, sebuah
jenayah yang mengakibatkan dia dijatuhi hukuman bunuh. Bagaimanapun sebelum
dilaksanakan hukuman tersebut dia dikatakan sempat mengirimkan ucapan selamat
tinggal kepada anak perempuan orang yang memenjarakannya yang mana dia telah
jatuh cinta kepadanya ketika dia berada di penjara.
Hari Valentine - Perayaan
Pergaulan Bebas.
Perayaan Hari Valentine kini telah berkembang menjadi
suatu perayaan yang jauh terpesong dari niat Valentine. Sesungguhnya adalah ironi
untuk melihat bahawa perayaan tersebut telah bertukar wajah dari apa yang
diinginkan oleh pihak gereja suatu masa dahulu, iaitu untuk menjaga institusi
perkahwinan, dengan menguna-pakai nama
Hari St Valentine. Kini Hari Valentine dan apa
yang dikaitkan dengannya adalah jauh berbeza ; iaitu,kembalinya pergaulan bebas
dalam masyarakat, jalinan hubungan yang diakhiri dengan perzinaan, kehamilan
yang tidak dikehendaki, penguguran janin secara gelab dan segala aktiviti yang
membawa kepada keruntuhan maruah dalam masyarakat.
Malangnya, keburukan yang lahir dari perayaan tidak
bermoral ini telah menjangkiti setiap lapisan masyarakat. Tanpa menghiraukan
kesan buruk kepada masyarakat, para kapitalis telah menggunakannya sebagai
sambutan peluang perniagaan secara besar-besaran. Television dan akhbar akan
menyiarkan iklan-iklan promosi program khas, dan acara-acara sambutan yang
dianjurkan oleh syarikat-syarikat kapitalis ini. Ia dilakukan semata-mata untuk
mencari keuntungan pantas tanpa memikirkan kesan buruk daripadanya terhadap
keharmonian dan kerukunan kepada masyarakat akibat dari pergaulan bebas yang
dilahirkannya.
Sebenarnya realiti Hari Valentine hanya merupakan
sebuah cerminan masalah yang bukan hanya terhad kepada 14hb Febuari sahaja.
Kerana konsep yang sama, yang mendorong manusia untuk melampaui sempadan akhlak
pada hari itu, adalah juga konsep yang diamalkan oleh masyarakat barat
sepanjang tahun, iaitu; pergaulan dan sex bebas.
Kalimah kebebasan sex merupakan titik
graviti bagi nilai asas kepada sekularisma yang mana dunia barat
membangunkan pandangan hidup di atasnya. Dengan memisahkan agama dari urusan
kehidupan, semua nilai dan pengawalan diri tunduk kepada rangsangan hawa nafsu
individu semata-mata. Dikala membebaskan diri dari kezaliman dan ketundukan
kepada para pemimpin gereja Eropah dikurun ke 16 masihi, sekularisma di masa
yang sama telah memperhambakan manusia kepada perhambaan yang lebih dahsyat;
iaitu, ketundukan terhadap hawa-nafsu.
Di atas nama kebebasan (freedom), ratusan ribu nyawa telah melayang melalui peperangan yang secara
terancang dicetuskan, sebagaimana di Afganistan dan Iraq . Natijah dari kebebasan,
manusia di Dunia Barat terdedah kepada peningkatan bahaya dan ketakutan
disebabkan oleh rompakan, rogol, dan pembunuhan, yang dilakukan oleh
mereka-mereka yang dibesarkan di dalam masyarakat yang meyakini kebebasan untuk memenuhi tuntutan hawa-nafsu merupakan sebuah lesen untuk
seseorang memenuhi kemahuan mereka dengan mengorbankan hak-hak orang yang tidak bersalah yang berada di sekeliling mereka. Apabila konsep kebebasan ini diterapkan kepada hubungan lelaki dan perempuan, maka pergaulan
bebas ini akan membawa kepada keadaan porak-peranda, kacau-bilau dan
kenestapaan di dalam masyarakat.
Pandangan Islam Terhadap
Hari Valentine.
Umat Islam mestilah memiliki kepekaan dalam
mengenal-pasti mekanisma yang digunakan oleh musuh-musuh Islam untuk mengubah
kefahaman kita terhadap Islam. Apabila Umat Islam digalakkan untuk melibatkan
diri didalam sambutan Hari Valentine mereka diperdayakan untuk meninggalkan
nilai-nilai akhlak, standard bertingkah-laku, kehormatan dan maruah yang
Islami, yang diperintahkan untuk dipelihara didalam menjalinkan perhubungan
lelaki dan wanita.
Adalah amat perlu bagi kaum muslimin untuk menyedari
bahawa Islam mengkehendaki mereka menjadikan tempat rujukan mereka sebagai hak
ekslusif bagi Hukum Syarak. Ia adalah satu-satunya sumber yang sah bagi
perayaan, tradisi atau amalan yang dibenarkan oleh Islam bagi Muslimin untuk
mengikutinya. Islam adalah bertentangan secara total dengan konsep sekularisma.
Ia juga tidak memberi sebarang ruang kepada konsep batil kebebasan
individu. Sebaliknya, Islam hadir untuk mengatur urusan manusia didalam setiap
aspek secara menyeluruh, membebaskan mereka dari ketundukan terhadap
manusia atau hawa-nafsu mereka sendiri, dan memimpin mereka kepada hukum
Pencipta mereka yang sempurna.
Diriwayatkan bahawa Anas Bin Malik (ra) berkata; Apabila Nabi saw berhijrah ke Madinah, penduduk disana memiliki dua hari
perayaaan Jahiliyyah. Dia saw bersabda, Apabila aku datang kepada kamu, kamu
memiliki dua hari perayaan yang kamu sambut ketika masa jahiliyyah. Allah telah
mengantikannya dengan hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidil Fitri dan hari raya Aidil Adha.
Berasaskan ini adalah jelas bahawa Islam telah
melarang sambutan terhadap perayaan, samada ianya krismas, tahun baru Cina,
deepavali, dan sebagainya. Dari asal-usulnya Hari St Valentine adalah perayaan
musyrikin yang menganjurkan pergaulan bebas didalam masyarakat
dan ianya terpesong jauh dari apa yang dikehendaki oleh Islam. Oleh itu,
menyambut dan melibatkan diri dengannya adalah diharamkan oleh Islam.
Wuallahuallam...
No comments:
Post a Comment